Wednesday 20 February 2013

Royale Jussulin



METRO (AGRO)

Resipi pembuatan ubat tradisional bagi merawat kencing manis pemberian seorang bidan kampung membuka mata bekas graduan sebuah universiti swasta mengkomersialkan produk itu pada skala besar.
Sebaik menamatkan pengajian di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Anis Syaffiqa Abd Hardee, 23, yang memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan membuka Syarikat Hardee Herba (M) Sdn Bhd bagi memasarkan dua produk herba kencing manis. 
Dua produk dikeluarkan di kilang Taman Sekamat, Batu 12, Jalan Cheras, Kajang, Selangor itu dikenali Jussulin dan pati Royale Jussulin.

Dengan modal sendiri, pengarah syarikat itu menyertai pelbagai pameran diadakan agensi kerajaan.
Foto
Anis Syaffiqa bersama dua produk minuman kesihatan dihasilkan syarikatnya. FOTO Syafarim Abidin

Turut memberikan sokongan dalam memasarkan produk berkenaan ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Mengulas mengenai produk minuman kesihatan terbabit katanya, kedua-dua jus itu diilhamkan ayahnya menerusi ramuan ‘rahsia’ pemberian seorang bidan kampung sebelum diformulasikan mengikut sukatan ditetapkan.

“Bidan itu mencadangkan kami menjual produk itu kerana mempunyai nilai kesihatan baik terutama membabitkan penyakit kencing manis.

“Mulanya, ayah hanya menjual produk minuman kesihatan itu kepada jiran sebelum menjaja dari rumah ke rumah,” katanya.

Khasiatnya dalam mengurangkan penyakit kencing manis dihidapi pelanggan terbukti berdasarkan testimoni terhadap pesakit.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, sebaik menamatkan pengajian, dia tekad membuka perniagaan itu.

“Memandangkan saya belajar jurusan perniagaan, tiada masalah untuk memasar dan mengkomersialkan produk itu pada skala besar.

“Ketika ini pun kerajaan menggalakkan graduan untuk terbabit dalam perniagaan dan peluang itu saya gunakan untuk memasarkan produk keluarga,” katanya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Menggunakan slogan ‘potong gula...jangan potong kaki’, minuman anti gula itu menggunakan herba semula jadi sebagai ramuan utamanya seperti tenggek burung, jarum tujuh bilah, pandan hutan dan misai kucing.

Turut digunakan dalam ramuan itu ialah tebu teberau, lalang, peria kambas dan peria katak yang menjadi pelengkap kepada minuman kesihatan untuk pesakit kencing manis.

“Jussulin ialah minuman warisan turun-temurun yang dirumus daripada herba terpilih. Ia diproses menjadi air minuman yang enak dan baik untuk kesihatan.

“Selain digunakan nenek moyang secara tradisional bagi mengurangkan kandungan gula dalam badan, minuman itu mengandungi antioksida,” katanya.

Selain memerangkap radikal bebas yang menjadi punca penyakit, kedua-dua jus itu mengandungi betasisterol dan stigmasterol bagi menurunkan paras glukosa.

Jussulin dijual RM25 seliter, manakala sebotol pati Royale Jussulin berharga RM58.90.

Berminat, e-mel kepada royalejussulin@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/19